Tular Rakaman Video Detik Kejadian Bagaimana Ibu Sempat Tarik Anak Nyaris Digilis Lori

HANOI: Satu rakaman menunjukkan detik mencemaskan apabila seorang ibu sempat menyelamatkan anak lelakinya daripada digilis lori selepas mereka terjatuh dari motosikal dinaiki.

Seorang kanak-kanak lelaki berdepan situasi mencemaskan apabila nyaris digilis sebuah trak selepas terjatuh daripada motosikal namun sempat diselamatkan ibunya.

Video diambil di Goi, Nam Dinh, Vietnam, itu menunjukkan tiga sekeluarga menunggang motosikal di atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta, lapor Daily Mail.

Wanita itu dan anaknya yang memakai kot merah jambu tercampak dari belakang motosikal sebelum kanak-kanak itu berguling dan hampir dilanggar tayar lori yang datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, si ibu pantas bertindak menarik lengan baju kanak-kanak itu sebelum mencapai hudnya, seterusnya mengalihkan anaknya itu daripada tayar lori yang pantas menghampiri.

Sepanjang itu, suaminya langsung tidak menyedari apa yang berlaku sehingga selepas kejadian, apabila dia menoleh ke belakang dan melihat mereka di atas jalan menyebabkannya terus berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan mereka.

Netizen yang melihat klip video itu memuji tindakan pantas ibu berkenaan, termasuk menganggapnya seperti ‘ninja.’ Ramai juga yang menyifatkannya satu keajaiban apabila kanak-kanak terbabit langsung tidak cedera.

Mujur sempat tarikHANOI: Satu rakaman menunjukkan detik mencemaskan apabila seorang ibu sempat menyelamatkan anak lelakinya daripada digilis lori selepas mereka terjatuh dari motosikal dinaiki.Video diambil di Goi, Nam Dinh, Vietnam, itu menunjukkan tiga sekeluarga menunggang motosikal di atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta, lapor Daily Mail.Wanita itu dan anaknya yang memakai kot merah jambu tercampak dari belakang motosikal sebelum kanak-kanak itu berguling dan hampir dilanggar tayar lori yang datang dari arah bertentangan.Bagaimanapun, si ibu pantas bertindak menarik lengan baju kanak-kanak itu sebelum mencapai hudnya, seterusnya mengalihkan anaknya itu daripada tayar lori yang pantas menghampiri.Sepanjang itu, suaminya langsung tidak menyedari apa yang berlaku sehingga selepas kejadian, apabila dia menoleh ke belakang dan melihat mereka di atas jalan menyebabkannya terus berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan mereka.Netizen yang melihat klip video itu memuji tindakan pantas ibu berkenaan, termasuk menganggapnya seperti ‘ninja.’ Ramai juga yang menyifatkannya satu keajaiban apabila kanak-kanak terbabit langsung tidak cedera.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 12:04 AM#HarianMetro

Posted by INFO Semasa Harian on Tuesday, February 26, 2019

Sumber Artikel : Utusan, harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*