Tular Surat PKPB Akan Disambung Lagi. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengeluarkan 293 penafian serta penjelasan setakat ini untuk membendung penyebaran berita palsu berkaitan COV19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha bagi menangani kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat itu dilakukan menerusi Pasukan Maklum Balas Pantas (PRP) seliaan KKMM.

PKPB Disambung Atau Tidak Belum Diputuskan

Surat yang mengaakan cadangan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah dimuktamadkan seperti yang tersebar di media sosial ialah berita palsu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak benar kerana keputusan untuk melanjutkan PKPB masih belum diputuskan.

“Semalam tersebar kononnya kita sudah menetapkan sambungan PKPB dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dan senarai premis perniagaan dibenarkan (beroperasi). Itu berita palsu.

“Untuk sektor perniagaan yang dibenar beroperasi dan SOP yang ditetapkan, rakyat boleh memeriksanya di laman web Majlis Keselamatan Negara,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

SEMAK BERITA PALSU

“Orang ramai boleh membantu membendung penularan berita palsu dengan menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Saya berharap orang ramai akan menyemak terlebih dahulu sebelum berkongsi. Ingat, jika tidak pasti, jangan kongsi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

BHARIAN ONLINE / awattt syeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*