Tular Video Anggota Trafik Tendang Remaja, Ini Respond Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan meneliti rakaman anggota trafik yang menendang seorang remaja hingga tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kes dipercayai melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun yang dikatakan berlaku di Jalan Kampung Sireh, di sini, pada jam 3 petang semalam.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang didapati terlibat dengan kesalahan tatatertib hingga mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis tidak akan berkompromi dengan anggotanya yang dikatakan terlibat dalam kes menendang seorang remaja di Jalan Kampung Sireh, di sini yang tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun.

Rakaman dan gambar yang tular di media sosial serta whatapps berhubung tindakan anggota polis berkenaan.

“Maklumat awal yang diperolehi mendapati ketika kejadian itu empat anggota trafik melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Remaja itu didakwa tidak berhenti apabila diarah dan kemudian berlaku pergelutan sebelum ditahan.

“Selepas berjaya ditahan, berlaku pergelutan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati remaja itu menunggang tanpa lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh,” katanya, di sini hari ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu dikatakan menunggang tanpa lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh,” katanya kepada pemberita.

Rakaman sepanjang 25 saat terbabit memaparkan perlakuan anggota trafik beruniform beberapa kali bertindak menendang seorang remaja sambil memarahi mangsa.

Rakaman turut disertai dengan gambar dimuat naik di laman facebook dan turut dikongsi melalui aplikasi Whatsapp.

“Setakat ini polis masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian itu, bagaimanapun siasatan dalaman akan dijalankan dan mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Setakat ini maklumat yang diperolehi cuma sedikit dan siasatan selanjutnya akan dilakukan.

“Kami sukar mengenalpasti anggota yang terlibat berikutan imej video yang ditularkan itu kurang jelas,” katanya.

“Sehingga kini, kita belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan sekiranya ada laporan dibuat siasatan akan dijalankan mengikut Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan menjalankan siasatan dalaman dan mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Bukan setakat kes ini sahaja, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dalam kesalahan tatatertib,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*