Lalui Hari Yang Begitu Padat, Wajah Tun Dr Mahathir Kelihatan Lesu Dan Penat

Sejak pagi semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad telah giat dikejar pihak media yang mahukan kepastian ekorang desas-desus peralihan kuasa yang akan berlaku dalam poIitik Malaysia.

Situasi tersebut kian meruncing apabila diawal pagi lagi ahli tertinggi dalam Pakatan Harapan telah menemui beliau di kediaman rasmi bagi berbincang mengenai kemelut yang sedang berlaku.

Letak jawatan pada tengahari semalam

Namun begitu, pada tengahari semalam, Tun M telah mengejutkan ramai pihak apabila menghantar surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada KDYMM Baginda Agong.

Hadir ke Istana pula

Pada petang semalam juga, Tun M telah ke Istana Negara bagi menghadap KDYMM Baginda Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Beliau yang memakai pakaian berwarna hitam terlihat duduk didalam kenderaan seorang diri di bahagian belakang.

Gambar keluar dari Istana Negara

Walau bagaimanapun, menerusi gambar yang diperoleh daripada Malaysia Gazette, jelas sekali wajah Tun Dr Mahathir kelihatan letih mungkin kerana mengharungi hari yang padat.

Beliau yang sudah berusia 93 tahun terpaksa melakukan beberapa pertemuan dalam sehari sehingga waktu malam.

Nampak sangat Tun penat

Menerusi Twitter, rata-rata warganet telah menyedari keadaan itu dan menzahirkan rasa simpati atas kegigihan beliau dalam pentadbiran poIitik.

Mereka juga berharap agar Tun M cuba berehat sebentar dari menguruskan segala kemelut yang sedang berlaku ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :OMM via Rimbabara

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*