Saya Tidak Akan Berputus Asa Untuk Mnjatuhkan Muhyiddin Yassin – Tun Mahathir

MALAYSIA: Perdana Menteri ke-4 atau ke-7 ini merupakan orang yang selalu memainkan peranan dalam arena politik negara. Pelbagai perkara dilakukannya sama ada baik atau buruk.

Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 apabila mencipta sejarah naik sebagai Perdana Menteri tertua. Beliau juga mencipta sejarah apabila seorang perdana menteri dilantik sebanyak 2 kali di Malaysia di 2 blok berbeza iaitu ketika memang menjadi Kerajaan dan daripada pembangkang menjadi kerajaan.

Apabila meletak jawatan selepas 22 bulan memerintah, Dr Mahathir berjanji untuk tidak akan pernah berputus asa untuk mnj4tuhkan Perdana Menteri sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian apabila merasakan penggantinya terlalu memberi muka atau peluang kepada parti yang dicemari rasuah (pergabungan Perikatan Nasional).

Beliau juga mempertikaikan kesahahihan pakatan yang dibuat Muhyiddin Yassin dengan UMNO. Jadi Pakatan Harapan mempersoalkan kerajaan Perikatan Nasional dan akan meneruskan usul tidak percaya kepada kabinet Muhyiddin Yassin.

Menurut pembangkang sekarang, Perdana Menteri telah dikatakan merampas kuasa melalui pintu belakang PN ini mendapat kuasa dengan mencuri kuasa bukan dengan mendapatkan kuasa melalui pilihan raya.

Sebelum ini PN dikatakan telah berjaya mengeakkan undi tidak percaya yang diusulkan Mahathir, dengan bertegas Parlimen memberi keutamaan kepada usaha membendung penularan CoV-19 dan kemerosotan ekonomi.

Mahathir berkata, Perikatan Nasional dikatakan hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.  Oleh itu, beliau akan sentiasa bekerjasama dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bagi menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional.

“PN sekarang mendapatkan majoriti paling kecil yang pernah diperolehi oleh mana-mana kerajaan di Maaysia” – Tun Mahathir

Tambahnya lagi, Pakatan Harapan akan menolak rang undang-undang yang dibawakan oleh Perdana Menteri di Parlimen, sekiranya undi tidak percaya tidak dibenarkan untuk dibentangkan.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*