Tun Mahathir Beri Kata Kata Padu Kepada Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Selepas menzahirkan penghargaan beliau terhadap ‘wira berbaju putih dan biru’ dalam menghadapi wbak c0vd-19, Ketua Pengarah Kes1ihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menerima pengiktirafan atas peranannya mengepalai usaha itu.

Penghargaan itu dizahirkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan penghormatan disampaikan beliau itu juga mewakili masyarakat umum dan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi video berdurasi dua minit 20 saat disiarkan di laman Twitter beliau bersempena Hari Doktor Sedunia itu, Dr Mahathir yang kelihatan duduk di samping Dr Siti Hasmah berkata tugas mendepani wbak c0vd amatlah berb4haya dan berat, namun kesanggupan Dr Noor Hisham menerajui usaha itu benar-benar dihargai.

“Sekarang ini kita dis3rang satu wbak dahsy4t iaitu c0vd-19, wbak ini tidak pernah menyeraang kita. Dahulu, wbak-wbak yang lain tidaklah meluas seperti c0vd-19 ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham yang ternampak hampir tidak berhenti-henti menjalankan tugas siang dan malam untuk menentukan segala tindakan yang perlu diambil dapat dilaksanakan oleh pegawai-pegawainya,” katanya.

Dr Mahathir turut memanjangkan penghargaan itu kepada semua petugas Kementerian Kesi1hatan Malaysia (KKM).

Terdahulu menerusi hantaran di laman Facebook, Dr Noor Hisham berkata setiap petugas kesihatan di sektor awam mahupun sektor swasta telah menunjukkan iltizam yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin dalam usaha menangani c0vd-19.

Menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka, Dr Noor Hisham secara peribadi menzahirkan rasa bangga dan menyifatkan dedikasi serta keikhlasan yang ditunjukkan ‘wira berbaju putih dan biru’ dalam menghadapi pandem1ik luar biasa yang melanda dunia sejak awal tahun sememangnya amat menakjubkan.

Dr Noor Hisham, yang juga pakar b3dah, diberi gelaran ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial kerana komitmennya dalam menangani kri1sis wbak c0vd-19, namun beliau berkata gelaran itu tidak penting bagi dirinya, sebaliknya keutamaan ialah memastikan perkhidmatan KKM yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Kita Masih Belum Kalah Dalam Peraang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam

”Kita masih belum kalah dalam perang menentang c0vd-19, belum juga kita memenanginya,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, kerjasama setiap orang sangat diperlukan bagi memutuskan rantaian Covi1d-19 ini.

Oleh itu, beliau meminta setiap orang untuk terus berada di rumah, sentiasa mengamalkan langkah membasuh tangan dengan kerap dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

Setakat Selasa (31 Mac 2020), negara telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes posi1tif jangki1tan sebanyak 2,766 kes dan 43 kes kemati1an.

Manakala, jumlah keseluruhan mereka yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537 orang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

  1. Syabas kapada semua kakitangan hospitaldan juga pegawai polis, atm,Dan ahli bomba juga Tak lupa ahli rela. Yang sanggup berkerja keras Tak kira siang dan malam .membasmi kumam conv 19.(S.A.H. rakyat seklian)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*