Selama 29 Tahun Menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Tak Pernah Usik Gaji. Bila Diselidik, Ini Jumlah Gaji Beliau Sewaktu Jadi PM

Walaupun hari ni usianya telah mencecah 95 tahun, namun Tun Dr Mahathir Mohamad tetap ‘steady’ dan bersemangat bagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri  sebelum ini.

Sebelum ini, Tun M pernah menyatakan bahawa jemaah menteri bersetuju agar gaji pokok mereka dipotong sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin untuk pulihkan ekonomi kewangan negara

Beliau mengakui gaji sebagai ahli Parlimen masih rendah berbanding sektor swasta, namun beliau tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara, memetik laporan Mstar Online.

Selain itu, suami kepada Tun Dr Siti Hasmah itu memberitahu bahawa gaji yang diterima ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini adalah mencukupi dan tidak pernah menggunakan wang tersebut.

Gaji Diterima Semua Tun M Simpan

“ Ketika saya menjadi perdana menteri, gaji semasa saya letak jawatan adalah RM20,000 sebulan.

“ Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” kata Tun M.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gaji sebagai ahli Parlimen masih rendah berbanding sektor swasta, namun beliau tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara.

Menurut perdana menteri itu, walaupun gaji tersebut dianggap rendah berbanding golongan profesional di sektor swasta, namun mendakwa ia bukan terlalu kecil buat ahli Parlimen.

Beliau turut menjelaskan bahawa gaji yang diterimanya semasa bergelar perdana menteri sebelum ini adalah mencukupi dan tidak pernah menggunakan wang tersebut.

Menurutnya, biarpun nilai itu sangat rendah berbanding gaji yang diperolehi oleh kakitangan di Proton, tapi ia dianggap lebih daripada cukup.

Tun M juga turut mendedahkan bahawa beliau tidak menggunakan gajinya selama 29 tahun kerana kerajaan telah memberikan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air.

Wow hebatnya la Tun, simpan hasil kerja kerasnya untuk masa hadapan. Kalau kami rakyat marhaen ni, gaji setiap bulan habis macam tu je!

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*