Ucapan Raya Lee Chong Wei Curi Perhatian Rakyat. Rupanya Dari Kecil Lagi Dia Dah Tahu Mercun Meriam.

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang dikatakan telah bersara dari arena badminton sempat mencuri tumpuan peminat di media sosial.

Menerusi Instagram miliknya, pemain berusia 38 tahun itu memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri dalam bentuk cerita dengan mengaitkan zaman ketika beliau kecil-kecil. Walaupun Datuk Lee Chong Wei bukan beragama islam, tapi ternyata penceritaan beliau menunjukkan pengalaman beliau dari kecil menunjukkan seolah dia sudah pun menyambut perayaan aidilfitri. Mari kita baca selanjutnya.

Hari Raya mmg hari yang dinanti-nantikan

Walaupun saya bukan beragama Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya mmg hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara. Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yg ada chan dibawa ibu bapa pi jalan.

Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, kluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun. I ingat mercun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mercun dia. Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak skarang jgn main mercun, bahaya!

Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah. I ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dgn pemain Indonesia sorang. Tak sure saper betol saper salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, mmg tak puas hati. Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun msg, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik.

Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan coronavirus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar. Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, sepertimana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu.

Saya, Mew Choo dan dua anak lelaki ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong.

FB Lee Chong Wei Official

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*