Untuk Yang Belum Terima Bantuan, Sila Kemaskini Maklumat Akaun Bank Sebelum 30 April – LHDN

CYBERJAYA: Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif dan sedang digunakan.

LHDN dalam kenyataan pada 13 April yang lepas berkata,

pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.

“LHDN ingin menasihatkan penerima BPN, untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC, bagi tujuan penyaluran BPN.

“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN,” menurut kenyataan itu lagi.

Segala pertanyaan dan persoalan yang timbul mengenai BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN.

Kredit

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*