Update Terkini Akhirnya Pemandu Toyota Vios Telah Serah Diri Tetapi Munkin Tidak Akan Ditahan Lama

PEMANDU Toyota Vios hitam yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terbenam dalam laut, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini.

Ketua Polis daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, 2 pagi.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehingga kini, kita sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu.

SUSPEK MUNKIN AKAN DIBEBASKAN

“Suspek kemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini sekiranya kita selesai mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan itu berlaku.

Dalam kejadian 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun Peng, 20, maut selepas kenderaan dipandunya terbenam dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren, 5.50 petang. Sumber ArtikelHMETRO ONLINE

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

KELUARGA Moey Yun Peng mengesahkan pelajar yang terhumban dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, semalam, adalah rakan kepada pemandu Toyota Vios.

Kakak ipar kepada Yun Peng yang enggan dikenali berkata, pemandu kedua-dua kenderaan itu bagaimanapun tidak rapat dan enggan mengulas lanjut.

“Mereka hanya rakan biasa dan jarang menghabiskan masa berdua, tetapi kurang pasti bagaimana boleh bersama-sama terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.

“Saya juga ada dengar dakwaan pemandu Toyota Vios itu sering terbabit dalam kemalangan sebelum ini,”

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipercayai dipandu Yun Peng, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*