Ustaz Ebit Lew Jumpa Keluarga Yang Ada Anak Kurang Upaya Tular. Pihak Baitulmal Buat Lawatan Dan Rupa Rupanya Keluarga Ini Sebenarnya

Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew. Cara beliau berdakwah memang menakjubkan. Aktiviti yang selalu dan jarang tidak buat adalah pada hari minggu beliau akan turun ke kawasan kawasan yang mempunyai gelandangan atau tempat orang susah untuk memberi bantuan.

Salah satu kisah tular di media sosial dimana Ustaz Ebit Lew berjumpa dengan satu keluarga dimana anak kecil mereka mempunyai penyakit (OKU). Kisah tersebut ditularkan oleh beberapa blog blog. Yang menyedihkan apabila rata rata pembaca menyalahkan pihak Zakat dan Baitulmal.

Image may contain: 1 person, baby

Baitulmal MAIWP telah pergi ke kawasan keluarga ini berada. Dibawah dipetik dari laman web Baitulmal MAIWP sendiri.

11 Mac 2019 (Isnin) – Skuad menjejaki seorang wanita bersama anak kecilnya di Jalan Bukit Bintang selepas kisahnya tular di media sosial.

BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Skuad mendapati mereka adalah bukan warganegara dan berasal daripada negara Myanmar. Masing-masing merupakan pemegang kad UNCHR.

Hasil temubual, mereka dikatakan kerap berada di situ dalam masa seminggu bagi tempoh beberapa jam sahaja. Tujuan utama adalah untuk meraih dan meminta simpati sumbangan derma daripada orang awam yang lalu lalang dan memperoleh sekitar RM300 dalam sehari.

Mereka beberapa kali ditahan oleh pihak penguatkuasa atas larangan aktiviti tersebut namun masih menjalankan perkara sama walaupun banyak tindakan yang diambil.

Wanita berkenaan adalah nenek kepada anak kecil tersebut. Kesemua mereka termasuk Ibu bapa anak kecil tersebut tinggal di Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Mereka berulang alik dari rumah dan lokasi tersebut dengan menaiki teksi.

NASIHAT MEREKA KEPADA KELUARGA TERSEBUT

Skuad menasihati wanita berkenaan agar mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak kecil tersebut. Kami juga mengesyorkan agar mereka memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak kedutaan Myanmar.

Skuad turut menyerahkan Bantuan Kecemasan (Wang Tunai) untuk sedikit perbelanjaan sara hidup bagi meringankan beban mereka.

Sumber Artikel : kisahzakatmalaysia

Video Dari Ustaz Ebit Lew Yang Menjadi Tular Baru Baru Ini.

Sedih…bila ada yang melemparkan kecaman kepada pihak zakat tanpa usul periksa.Seeloknya kita sama-sama membantu dengan menyalurkan maklumat yang lengkap.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*