Ustaz Ini Tekad Untuk Saman Dato Aliff Syukri Kerana Mghina Dia. Saman Yang Akan Diberikan Kepada Aliff Syukri Mungkin Boleh Buat Dia Muflis

Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary bertegas mahu menuntut saman malu terhadap usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri.

Saman itu merujuk kepada sesi live Aliff Syukri yang didakwa telah mengh1na dan memalukannya.

“ Saya akan jumpa peguam saya di Malaysia untuk membawa kes saman ke atas Aliff Syukri dan akan tuntut RM1 bilion. Saya akan saman RM1 bilion!

“ Saman ini kerana menghina saya dan pihak kami telah mengambil kenyataan serta bukti untuk membuat saman malu terhadap Aliff Syukri.

“ Kalau dia saman saya dan andainya kalah atau muflis saya tak kisah sebab dah biasa dengan miskin,” katanya dalam sesi live di Facebooknya baru-baru ini.

Video Penuh Di Akhir Artikel

Kenyataan itu dinyatakan selepas sesi live dan sidang media Aliff Syukri pada Isnin.

Abu Syafiq sebelum ini mempertikaikan tentang kesahihan status halal salah satu produk yang dikeluarkan syarikan Aliff Syukri.

“n Saya ada mempersoalkan tentang salah satu produknya yang belum ada sijil halal dari Jabatan Agama Islam (Jakim).

“ Sijil halal yang ditunjukkan ketika sesi live bukan produk yang saya maksudkan tetapi produk lain,” jelasnya.

Tambah Abu Syafiq, sebagai ahli agama yang bertauliah, teguran yang disampaikan demi kebaikan semua pihak termasuk Aliff Syukri sendiri.

“ Saya pun tak nak gaduh sangat, nak bagi teguran saja sebagai orang yang bertauliah. Salahkah saya menyebabkan dia membuat permohonan maaf?

“ Selepas Aliff Syukri memohon maaf, dengan itu saya juga memohon maaf dan membuang video saya terdahulu. Tetapi lawan tetap lawan,” tegasnya.

Aliff Syukri pada Isnin menuntut permohonan maaf daripada Abu Syafiq yang melemparkan fitnah dan mengajak orang awam memboikot perniagaannya.

RM 1 Billion saya akan saman balas Aliff Syukri

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Monday, February 24, 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*