Ustaz Rafi, SPJ Kongsi Apa Yang Mereka Nampak Semasa Menguruskan Jnazah Arwh Ustaz Ismail Kamus

Kuala Lumpur: “Rasa sebak saat mengikat tali kafaan arwh, jnzahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.”

Demikian pengalaman dikongsi Pengerusi Skuad Pengurusan Jnzah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila diberi tanggungjawab mengetuai pengurusan jnzah pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus.

Menurutnya, pihaknya tiba di Masjid As-Sobirin, Keramat pada 8.45 pagi dan selang beberapa minit jnzah tiba dari kediamannya.

“Alhamdulillah, saya rasa cukup bertuah kerana di hari Jumaat tanggal 15 Ramadan yang mulia ini saya diberi peluang mengetuai pengurusan jnzah almarhum Tuan Guru.

“Jnzahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.

“Anak serta cucu arwh juga turut hadir membantu memndikan jnzahnya,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya.

Menurutnya, dia bersama ahli skuad yang lain turut dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Sobirin.

“Suasana di bilik mandi jnzah cukup menghibakan. Terdengar esak tngis di setiap ruang bilik mandi.

“Selepas semua ahli keluarga dan sahabat terdekat diberi peluang menatap wajah jnzah dan menciumnya buat kali terakhir, saya mengambil kesempatan untuk menjadi orang yang terakhir menciumnya sebelum menutup wjahnya.

“Saat menutup wjah arwh, perasaan sebak sukar untuk dikawal. Saya menngis dan tidak dapat mengikat tali kaafan di bahagian kpala arwh dan ketika itu semua yang hadir mengalirkan air mata serta suasana bagaikan terhenti seketika,” katanya.

Menurutnya, semuanya dipermudahkan selepas ketua pengurusan jnzah masjid berkenaan dikenali sebagai Mohamad datang membantunya.

“Haji Mohamad datang membantu saya untuk mengikat tali kaafan di kepala arwh.

“Perasaan sebegini jarang saya alami pada setiap kali menguruskan jnzah. Mungkin kerana saya membesar dengan mendengar tzkirah dan ceramah arwh terutamanya program Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurutnya, hati dan perasaan terasa begitu dekat dengan arwh walaupun sepanjang hayat dia pernah berdepan sekali saja melalui ceramah di masjid.

“Jasa beliau dalam dunia dakwah dalam dan luar negara cukup besar. Alhamdulillah, saya bersyukur dan rasa sungguh bertuah kerana diberi amanah untuk menguruskan jnzah yang mulia ini.

“Semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*