Ustazah Hilang Tanpa Dikesan. Ini Respond Menteri Dr Maszlee Malik

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berhubung kehilangan seorang ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting di Pulau Pinang pada Isnin lepas.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari.

“Saya tak pasti, kena lihat laporan JPN dulu. Kita tidak boleh (mendapatkan maklumat) hanya berdasarkan kepada Whatsapp dan Facebook,” katanya selepas program Singgah Cakna Menteri Pendidikan bersama Syukur Khamis Kampung Boy dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

Ustazah hilang: Kementerian Pendidikan tunggu laporan JPN

Semalam, media melaporkan kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27, yang disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti kebiasaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata suami mangsa memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala Langgar ke Balik Pulau ialah kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

Ditanya sama ada kementerian sedia mengkaji semula sistem pertukaran guru bagi mengelak insiden menimpa ustazah berulang lagi pada masa hadapan, Maszlee berkata beliau memberi perhatian kepada semua guru dan permasalahan mereka.

“Semua guru ada di hati saya, semua anak murid adalah anak saya. Semua adalah wira dan adiwira dan mereka sentiasa di hati saya,” katanya.

Sumber Artikel : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*