“Berita Ustaz EbitLew hilang tu palsu, jangan sebarkan!” Caprice sahkan Ebit Lew ‘OK’

Penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice mengesahkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dalam keadaan selamat yang melakukan misi kemanusiaan di negara bergolak bagi menyampaikan sumbangan.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama pendakwah tersebut sekali gus menafikan berita palsu yang tersebar.

Alhamdulillah.. Ustaz Ebit Lew dalam keadaan okay. Yang kongsi berita ustaz hilang tu adalah berita palsu, tolong jangan sebarkan,” katanya.

Menerusi paparan skrin itu juga, Caprice sempat menitipkan pesanan dimana dia sedia berkhidmat dan memberikan sokongan sepenuhnya jika pendakwah berusia 36 tahun itu memerlukan sebarang bantuan.

“Jaga diri.. kalau ada apa-apa yang boleh dibantu, tolong beritahu saya. Kita semua di belakang ustaz,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur selain mengakui ramai yang bimbang dengan keselamatan Ebit kerana dilihat sudah lama tidak mengemas kini status di media sosial.

Syukur! Jangan la kongsi berita palsu…

Moga dipermudahkan urusan beliau di sana

Ramai yang risau… mungkin demi keselamatan

Minggu lalu, media melaporkan Ebit dijangka akan pulang dari misi kemanusiaan tersebut dalam masa terdekat selepas berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu.

Sumber: Instagram Caprice via OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*