(Video) 80 PeIajar Hanya Makan Nasi Kuah Air Kosong, Lauk TeIur Goreng

Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goreng dengan air kosong sebagai menu hidangan mereka.

Menu tersebut terpaksa dihidangkan kepada mereka jika tiada lauk-lauk sumbangan orang ramai atau pihak pengurusan tidak mampu membelinya.

Walaupun menu itu tidak selalu dijadikan hidangan namun kesusahan dihadapi pelajar pusat tahfiz berusia 8 hingga 20 tahun itu menyentuh perasaan.

Menurut salah seorang pelajar di pusat tahfiz tersebut, selama belajar di situ dia pernah makan nasi bersama telur goreng berkuah air putih.

Namun begitu, dia tidak mengambil kisah lauk itu dihidangkan disebabkan tiada lauk lain serta pihak pengurusan tidak mampu menyediakan hidangan lain.

Apa yang menyedihkan pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil patah berlapik batu.

Ruang mengaji mereka turut tidak begitu sempurna kerana hanya menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis dan kayu.

Bagi mereka kesusahan yang dihadapi merupakan ujian untuk terus belajar ilmu agama dan bergelar tahfiz.

Menurut salah seorang pelajar yang baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu memberitahu dia seronok berada di pondok tersebut kerana mahu mencapai impian menjadi seorang penghafaz al-Quran.

Mudir pondok terbabit, Zakir Zakaria berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM10,000 setahun namun masih belum mencukupi.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan manakala RM100 diperlukan untuk belanja makan sehari. Terdapat beras dan lauk kadang-kadang didermakan oleh orang ramai dan juga orang korporat.

Menurut mudir pondok tersebut, demi mendalami al-Quran dan mahu melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran, beliau sanggup menerima pelajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pihaknya kenakan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung belanja anak-anak di sini tetapi ramai yang tidak mampu dan miskin.

Katanya, beliau mengajar pelajar dewasa memasak mengikut giliran dan setakat ini mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pondok berkenaan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ramai.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2594) menerusi Bank Islam.

Pencerahan isu sebenar di madrasah darul ulum pondok belida ..

Admin pondok ini sedang belajar di luar negeri .. Mudir jarang tengok facebook dan page ini ..sebab itu maklumat jarang dapat diupload …

Posted by Madrasah Darul Ulum Pondok belida Bukit Gedombak , Pasir Puteh on Tuesday, January 14, 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*