Video. Akhirnya Mereka Telah Jumpa Kereta SUV Yang Terhumban Ke Dalam Laut, Ini Yang Akan Mereka Lakukan Selepas Ini

PULAU PINANG 21 Jan. – Operasi menyelamat dan mencari (SAR) berjaya mengesan kedudukan SUV yang terjunam ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang akibat kemal4ngan awal pagi semalam kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurut Koordinator SAR, Laksmana Maritim Rozali Mohd. Said, kedudukan SUV itu dikesan berhampiran tiang 34 di Kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang pada kedalaman kira-kira 20 meter.

Ketika ini, katanya, para penyelam sudah menghampiri SUV itu dan mendapati mangsa, Moey Yun Peng, 20, turut terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

PERLU GUNAKAN KREN

“Sekarang usaha mengangkat kenderaan itu bersama mangsa sedang diatur menggunakan kren,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sumber Artikel: UTUSAN ONLINE

Video Rakaman LIVE Cubaan Membawa Naik SUV 

Insiden Jambatan Pulau Pinang: Kejadian kelima sejak 2010

GEORGETOWN: Kejadian kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam, adalah insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010 sehingga kini.

Dalam kejadian terbaharu ini, sebuah kereta dipandu penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta lain di jambatan itu sebelum terhumban ke laut kira-kira jam 2.54 pagi semalam.

Sehingga jam 3 petang ini, gerakan mencari masih gagal menemukan mangsa.

Berdasarkan rekod diperoleh Bernama, kejadian pertama seumpama itu dilaporkan berlaku pada 20 September 2010 apabila sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang sebelum jatuh ke laut dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi.

Dalam insiden kedua pada 1 November 2012, seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Km7.9 jambatan itu yang menghala ke Georgetown dalam kejadian pada jam 3.30 pagi.

May4t Tan Lean Loon, 24, ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan masih bertali pinggang keledar dan kerja-kerja mengangkat kereta dan mangsa berakhir pada 12.15 tengah hari.

Dalam insiden ketiga, seorang lelaki tercampak ke dalam laut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di Km1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian jam 9.30 pagi pada 30 Oktober 2015.

Mangsa Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.

Dua minggu selepas itu, pada 12 November 2015, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian pada 5.49 pagi.

Berikut adalah kronologi kejadian kem4langan di Jambatan Pulau Pinang menyebabkan mangsa dan kenderaan terhumban ke laut dalam tempoh 2010 sehingga kini:

*20 September 2010: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kem4langan kira-kira 1.30 pagi.

*1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.

*30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.

*12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.

*20 Januari 2019: Sebuah kereta dipandu seorang penuntut kolej swasta terhumban ke laut selepas terbabit dalam kem4langan dengan sebuah kenderaan lain di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dalam kejadian pada 2.54 pagi Isnin

Sumber Artikel: BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*