Akibat Timbul Kekecohan, Aliff Syukri Keluarkan Rakaman Penuh Semasa Ziarah Isteri Arwh Abam. Ini Sebenarnya Terjadi Waktu Itu

Telah berlaku kekecohan di media sosial apabila Ali Puteh, adik kepada arwh Abam mengamuk di media sosial gara-gara tindakan Dato Seri Aliff Syukri ‘menerjah’ ke rumah balu arwh abangnya, Nor Hidayah Mohd Ali dan membuat live interview yang dimuat naik di Facebook live juga di Youtube miliknya.

Ali tidak dapat menahan kemarahannya apabila video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Shukri yang menemuramah Hidayah secara langsung di Facebook dengan pertanyaan berunsur prov0kas1 berkaitan harta peninggalan Abam.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Ali turut memuat naik status yang menggambarkan perasaan terkilan dan berbaur pengh1naan terhadap kakak iparnya, namun posting itu telah dibuang selepas mendapat nasihan rakan terdekat dan dikcam hebat oleh netizen.

Pihak Aliff turut dikecam hebat kerana tindakannya menanyakan beberapa soalan yang tidak sepatutnya seperti wasiat dan isu harta kepada balu Abam itu disifat agak melampaui batas

Namun dalam masa sama pendedahan mengejutkan itu membuatkan orang ramai kini berpendapat nasib Hidayah dan Hamzah, anak arwh sebenrnya tidak terbela.

Menerusi Facebook live itu juga, Aliff turut bertanyakan beberapa soalan kepada Hidayah antaranya perancangan Hidayah selepas ketiadaan Abam.

Balu Abam itu kemudian menjawab dan berkata dia selepas ini akan menguruskan perniagaan bapanya.

“ Selepas ini saya uruskan bisnes bapa saya” jawab Hidayah.

Antara soalan yang diajukan Aliff dan pembantunya kepada Hidayah:

Namun seorang wanita berbaju kurung hitam dipercayai pembantu Aliff Syukri kemudian mengutarakan satu soalan tentang khabar bahawa kereta yang selalu diguna Hidayah telah ditarik oleh pihak keluarga Abam .

“ Tapi saya ada dengar cerita yang kereta akak kena tarik, bagaimana akak nak uruskan bisnes tu? Boleh akak cerita sikit,” soal wanita berkenaan

“ Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi,” kata Hidayah

Hidayah memberitahu apabila pihak sana mendapat tahu bahawa kereta arwh nak dibawa pulang ke kampung, mereka cabut cukai jalan pada kereta

“ Khabarnya arwh seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya” soal Aliff lagi.

SEKARANG SAYA TIADA APA APA

“ Saya tak tahu belah sana(Abam) uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja,” jawab Hidayah lagi

Dalam pada itu, Ali Puteh dalam satu perkongsian di Instagram berkata dia dalam masa terdekat akan menjelaskan perkara sebenar

“ Nanti saya akan beritahu kenapa saya berkata begitu, InsyaAllah ada kebenaran disitu. Doakan saya hamba Allah yang hina ini,” tulisnya.

Terdahulu Ali mencabar Aliff Syukri berjumpa dengannya selepas video terbabit viral dan mendapat kcaman netizen.

Setakat ini masih lagi tiada apa apa penjelasan dari pihak Ali Puteh atau mana mana keluarga.

Perkara begini seharusnya diselesaikan dengan segera untuk mengelakkan sebarang f1tnah atau a1b tersebar.

Ramai sudah meninggalkan komen di instagram Ali Puteh memohon selesaikan. Kita doa yang baik baik sahaja lah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: kasi viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*