(Video) Rindu Syazwan kepada Nur Nasuha…

SUDAH masuk hari keenam dia ke Tanah Perkburan Islam Kampung Ketil, Tumpat, menziarahi pusara arwh isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang mennggaI dnia selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka 31 Mac lalu.

Rutin itu dilakukan oleh Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang jelas sangat sukar menyembunyikan rasa rindu dengan meluangkan masa kira-kira setengah jam membaca surah Yasin, berdoa dan ‘berbicara’ di sisi pusaraa.

Syazwan mengakui terlalu payah untuknya melupakan arwh isterinya walaupun usia perkahwinan mereka baru memasuki 10 bulan tapi banyak kenangan manis terakam dalam fikirannya.

Sukar untuk saya lupakan arwh kerana di setiap sudut dalam rumah, bayangnya tetap muncul dan setiap masa dia ada bersama saya ketika hayatnya.

Cukup terasa apabila masuk ke dalam bilik, nampak pakaian dan segala barangannya, air mata saya mudah sangat jatuh malah setiap butir bicaranya masih terngiang di telinga kerana arwh seorang peramah dan suka berbual” katanya ketika ditemui hari ini.

SYAZWAN Najmi menunjukkan gambar isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Syazwan berkata, koleksi foto akad nikah serta persandingan mereka baru dua minggu diperoleh daripada jurugambar malah arwh sempat berpesan agar tidak dilekatkan lagi dalam album kerana ingin melakukannya sendiri sebaik selepas bersalin nanti.

Katanya, arwh isteri yang baik malah hampir setiap hari akan memohon maaf daripadanya dan bertanyakan sama ada bahagia atau tidak hidup bersama.

Walaupun dia sudah tahu akan jawapannya, tapi dia tetap ingin mendengar sendiri dari mulut bahawa saya sangat bahagia dengannya.

Begitu juga dengan kemaafan yang dipohon kerana dia bimbang jika ada sebarang kata-kata atau perbuatannya yang menyakiti hati saya, namun sepanjang kami bersama, dia seorang isteri yang sangat disenangi,” katanya.

SYAZWAN Najmi menyiram air selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam membaca surah Yasin dan berdoa di pusara arwh isterinya.

Terdahulu kisah pilu menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nywa sebelum mennggaI dnia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman dipaparkan di akhbar.

Arwh melahirkan bayi kembar dinamakan Medina Safiya dan Medina Sofiya tidak sempat menatap cahaya mata sulungnya kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Syazwan berkata, sehingga kini dia juga masih belum dapat melihat kedua bayinya yang berusia 18 hari di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana perlukan pemantauan berterusan.

“Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kakak (Medina Safiya) masih belum cukup timbangan dan tidak dapat menyesuaikan diri lagi minum susu botol berbanding adik.

“Saya harap dalam masa terdekat kedua bayi kembar kami semakin sihat dan dibenarkan pulang, sekurang-kurangnya kehadiran mereka dapat mengubat kerinduan saya kepada arwh isteri,” katanya.

Ibu mennggaI tanpa sempat tatap wajah bayi kembar

TERDAHULU, MEDINA Safiya dan Medina Sofiya. Itu nama diberi Siti Nur Nasuha Safie, 23, buat dua bayi kembarnya yang kini berusia 15 hari.

Bagaimanapun, Siti Nur Nasuha tidak sempat menatap wajah kedua-dua bayinya apabila dia men1nggal dunia, pagi semalam akibat komplikasi ketika melahirkan mereka.

Suaminya, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, turut terkesan kerana mereka baru 10 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Syazwan Najmi ketika dihubungi berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, apabila tidak sedarkan diri tidak berapa lama selepas melahirkan anak.

“ Ketika dalam perjalanan ke hospital pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada bapa mentua yang meminta saya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Saya yang ketika itu tersekat dalam kesesakan jalan raya terus memotong kenderaan lain, namun sebaik tiba di hospital, saya dimaklumkan isteri sudah pergi buat selamanya,” katanya yang berasal dari Kampung Pak Keral, Tumpat.

Syazwan Najmi berkata, dalam keadaan sedar seketika selepas bersalin, isterinya berkali-kali memohon ampun kepadanya.

Bagaimanapun, Syazwan Najmi tidak menganggapnya sebagai kemaafan terakhir kerana isterinya melakukan perkara sama setiap kali sebelum mereka tidur.

Katanya, isterinya turut merayu untuk menatap wajah anak mereka, namun disebabkan kedua-dua bayi berada di bawah pemantauan, hasrat itu tidak tertunai.

Pada awal kehamilan, isteri cukup teruja dan ketika kandungan mencapai usia tiga bulan, dia menjalani ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak.

Kami cukup teruja apabila mengetahui bakal menimang anak kembar perempuan dan sejak itu, hampir setiap hari isteri bercerita akan memakaikan pakaian dan menghias cantik dua puteri kami apabila dilahirkan kelak.

Malah dia sudah mencari nama sesuai untuk kedua anak kami iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya. Saya akan mendaftarkan nama itu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir,” katanya yang bekerja di kantin hospital di Tumpat.

Beliau berkata, jnzah Siti Nur Nasuha selamat dikebumiikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor selepas Zuhur, semalam.

Menurutnya, walaupun perit menerima dugaan itu, dia reda dan kekuatannya kini hanya disandarkan kepada dua anaknya itu.

Malah, sehingga kini Syazwan Najmi belum berpeluang menatap kedua-dua anaknya berikutan masih dalam pemantauan hospital.

Setakat ini, saya hanya dapat melihat mereka melalui gambar ditunjukkan doktor.

Saya masih memikirkan bagaimana mahu menghadapi hari mendatang. Anak pula tidak sempat merasai walau setitis susu ibu mereka, namun saya yakin, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya,” katanya.

Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*