Viral kata ramai didaftarkan jadi ahli Rela tanpa sukarela, bimbang saIahguna dataperibadi

Segelintir orang awam terkejut apabila nama mereka didaftarkan sebagai ahli Rela tanpa sedar

KECOH di media sosial pada Isnin mengenai orang awam yang mendakwa diri mereka telah didaftarkan sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tanpa sedar.

Menerusi laman Twitter, mereka yang terlibat terkejut apabila nama mereka tersenarai sebagai anggota berdaftar dengan pasukan beruniform itu menerusi semakan yang dibuat.

Rata-rata mereka berkongsi tangkap layar semakan yang dibuat menerusi laman web semakan ahli Rela.

Berdasarkan semakan, nama-nama mereka telah didaftarkan sejak 2010 meskipun tidak didaftarkan secara sukarela.

“Sejak bila aku ahli Rela? Aku tak rela,” tulis seorang netizen.

Antara perkongsian orang awam di laman Twitter.

Rentetan itu, laman web berkenaan turut mengalami masalah untuk diakses, kemungkinan disebabkan ramai ‘menyerbu’ untuk memeriksa sekiranya nama mereka turut didaftarkan.

Sementara itu, mStar turut mendapat reaksi daripada beberapa orang awam yang amat terkejut apabila nama mereka disenaraikan.

Nor Azri Syahirah Mohd Sabri, 33, mengakui terkejut apabila namanya didaftarkan sebagai ahli Rela.

“Terkejut sebab tarikh daftar pada 2010. Dah 11 tahun jugalah, sedangkan 2010 tu saya baru sambung pengajian di universiti.

“Saya tak pernah daftar. Masuk (4skar) Wataniah, PLKN (Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semua tak pernah, tiba-tiba jadi ahli Rela,” katanya kepada mStar.

Semakan yang dibuat oleh Neyra.

Lebih dikenali sebagai Neyra, dia turut bimbang sekiranya terdapat pihak tertentu yang menggunakan data peribadi orang awam untuk pendaftaran sebagai ahli Rela.

“Kena check dengan Rela. Ye lah kita tak tahu selama ini kot ada orang ambil elaun (Rela) ke. Ahli Rela kan ada elaun,” katanya.

Bagi Mohd Faizal, 36, dia juga terkejut apabila namanya disenaraikan sebagai ahli Rela.

“Agak terkejut sebab tak pernah daftar. Rasanya ada kebocoran maklumat dari sana sini. Saya tak pasti. Saya boleh claim elaun ke?” katanya ketika dihubungi, sambil menambah namanya telah didaftarkan sebagai ahli Rela sejak 2011 menerusi semakan yang dibuat.

Mohd Faizal terkejut namanya tersenarai sebagai ahli Rela.

Mohd Faizal bagaimanapun berharap data peribadi orang awam tidak disalahgunakan sekiranya perkara yang berlaku membabitkan keanggotaan Rela tanpa sukarela itu adalah benar.

“Desakan saya supaya data peribadi tak disalahgunakan, walaupun kakitangan kerajaan sendiri. Amanah dalam pekerjaan adalah sangat penting.

“Sedih dengan isu saIahguna kuasa ini,” katanya dengan nada kesal.

Sementara itu, mStar turut menghubungi Ketua Pengarah Rela, Yahya Sulaiman bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu yang tular.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam waktu terdekat.

“Belum ada apa yang saya boleh katakan buat masa ini. Kami sedang menyiapkan kenyataan, kami akan kongsikan nanti. Terima kasih,” ujarnya secara ringkas ketika dihubungi.

Sumber/Kredit : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*