Viral Video Kereta Polis Kena ‘Serang’ Pada Malam Sambutan Hari Krismas. Ini Komen Ketua Polis Kuala Lumpur

Zaman sekarang memang laju untuk sesuatu perkara menjadi tular. Dengan keadaan zaman sekarang yang ada macam macam medium media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan lain lain. Sesuatu perkara amat mudah menjadi tular.

Baru baru ini tular di media sosial 1 video menunjukkan sebuah kereta polis di’serang’ orang ramai pada malam sambutan Hari Krismas. Sila baca artikel di bawah tentang kejadian tersebut dan apa kata Ketua Polis.

Tular Kereta Polis Diserang Orang Ramai..

VIDEO kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara, yang tular hari ini, adalah rakaman lama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman insiden itu berlaku pada 2014 dan disebarkan semula dipercayai untuk mengganggu ketenteraman pada sambutan perayaan berkenaan.

“Video itu adalah kes lama yang dikitar semula yang sebenarnya tiada apa-apa berlaku (pada sambutan Krismas),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rakaman berdurasi satu minit 42 saat itu yang memaparkan beberapa individu melempar botol air dan menyembur ‘snow spray’ ke arah kereta peronda polis tular semula di media sosial, hari ini.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Video yang telah menjadi tular pada 25hb December 2018.

Notakaki: Rata rata ketika video tersebut mula dimuat naik semula, ramai yang bersangka buruk dan menjangkakan video ini adalah video sambutan Krismas tahun 2018. Apa tujuan memuat naik video ini sebenarnya? Adakah rusuh4n yang mereka cari? Adakah yang muat naik video tersebut telah bersedia?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*