(VlDEO) Meremang Tengok Neelofa Jalan Masuk Dewan. Neelofa, PU Riz Sah Jadi Suami lsteri, Disatukan Dalam Mjlis Serba Putih

SELEPAS sekian lama berteka-teki mengenai hari bahagia mereka, akhirnya pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan sebagai suami isteri.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Hanya sekali lafaz bersama mas kahwin sebentuk cincin, akhirnya doa peminat terkabul apabila Neelofa dan PU Riz kini sudah sah bergelar suami isteri. Sebelum hubungan mereka didedahkan sebelum ini, pendakwah selebriti tersebut dikatakan sering berkongsikan ilmu agama dan ajar mengaji kepada keluarga serta saudara terdekat (sepupu) pengacara wanita itu. Malah, perkenalan itu sudah bermula sejak beberapa tahun yang lalu lagi.

Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Neelofa anggun dengan persalinan putih.
Pasangan sama cantik sama padan, Neelofa dan PU Riz.
PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah berlangsung di sebuah dewan dengan dekorasi mewah sarat bunga

Menerusi beberapa tangkapan layar skrin di Instagram MeleTOP dan peminat Neelofa, dapat disaksikan akad pernikahan itu berlangsung secara tenang dalam sebuah dewan yang tampak mewah. Bukan sahaja ruang legar yang besar, malahan dekorasinya sarat dengan bunga berona putih ibarat simbolik kesucian cinta mereka berdua. Kedengaran juga gema zikir munajat yang seolah-olah menambahkan barakah hari istimewa tersebut.

PU Riz ketuai bacaan doa pembuka majlis…Neelofa tampak cantik meskipun berlitup

Difahamkan juga, semua tetamu yang hadir telah mengenakan kod pakaian berona putih. Lebih istimewa lagi, doa pembukaan majlis juga dibacakan sendiri oleh Pu Riz. Ibarat meremang bulu roma, moment di saat Neelofa memasuki dewan nyatanya membuat ramai terpegun . Meskipun dengan busana bertutup litup, aura seri pengantin seolah dapat dirasai oleh semua orang.

MasyaAllah cantik deko…Terharunya semua tema islamik putih

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga menjadi sebak dengan detik-detik pernikahan Neelofa serta PU Riz selain menitipkan doa moga berkekalan. Tidak ketinggalan, ramai yang memuji dan terkesima dengan dekorasi dewan pernikahan mempelai ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/Kredit : Instagram meletop, lofapage

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*