WaIaupun Dikecam Netizen, Ellie Suriaty Tetap Dengan Pendirian Miliki Lesen Untuk Pemilik Akaun Youtube

Isu Panas ini mendapat perhatian warga nitizen serta Youtuber , apabila Pelakon, Penerbit dan Pengarah yang tidak asing lagi, Ellie Suriaty mengesyorkan pemilik akaun YouTube termasuk individu yang dianggap menjana pendapatan lumayan ‘atas angin’ diwajibkan memiliki lesen, menjadi antara cadangan dikemukakan kumpulan menggelarkan diri mereka, Gabung Anak Seni (GAS) kepada kerajaan.

GAS yang diterajui Ellie Suriaty Omar memberitahu, memorandum cadangan penambahbaikan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan, secepat mungkin.

Ellie berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada FINAS, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) berikutan akta sedia ada tidak lagi relevan dalam melindungi hak dan kepentingan industri perfileman negara.

Ellie berkata, langkah mewajibkan pemilik akaun YouTube memiliki lesen mampu mengelak lebih ramai selebriti menjadi mangsa apabila dipergunakan YouTuber.

“Saya tidak kisah dikecam apabila menggesa kerajaan menyegerakan pengeluaran lesen bagi pengguna media sosial terutama YouTube. Orang di luar tidak tahu kesan yang terpaksa pemain industri hadapi akibat YouTube.

“Ramai Youtuber muda yang berjaya dengan kreativiti kandungan mereka hingga menjana pendapatan lumayan. Namun, ada antara mereka mengambil kesempatan daripada selebriti untuk mengaut keuntungan,

“Ramai rakan saya sudah menjadi mangsa. Jadi, saya tidak mahu lebih ramai lagi yang terkena namun tidak dapat apa-apa faedah.

Sumber: Hmetro / Jirancakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*