Kecoh Geng Motor RXZ Tak Bayar Makan ‘Chicken Chop’. Wakil Geng RXZ Tampil Bagi Penjelasan

Kalau waktu cuti mesti akan ada aktiviti konvoi budak motor. Perkara ini biasa untuk geng geng motor.

Hampir semua jenis kelab motorsikal akan ada aktiviti konvoi tetapi ada yang baik ada yang tidak baik.

Yang baik, konvoi ini dapat mengeratkan silaturrahim sebenarnya. Dapat mereleasekan stress setelah penat kerja.

Tapi ada yang tidak baik tetapi tak semua geng motor yang buat cuma segelintir. Selalu kita dengar ada yang mengadu konvoi motor tidak menjaga keselamatan apabila mereka berlumba di atas lebuhraya. Kumpul ramai ramai sehingga menghalang lalulintas.

Geng RXZ Tak Bayar Chicken Chop

Beberapa geng motor dari Pantai Timur dipercayai tidak menjelaskan harga makanan yang dimakan mereka ketika singgah di sebuah restoran di Batu Ferringhi, semalam.

Menurut anak saudara kepada pemilik restoran, tindakan tidak bertanggupjawab geng motor yang menaiki RXZ itu menyebabkan ibu saudaranya menanggung kerugian beratus-ratus ringgit.

Komen Pemilik Restoren

“Semalam budak-budak motor RXZ dari Terengganu makan di restoran makcik aku dekat Batu Ferringhi. Dua meja tak bayar! Masa tu restoran penuh.

Orang punya ramai dengan tak cukup staf lagi. Budak-budak motor pun penuh singgah makan, ada yang ambil kesempatan. Bukan puluh ringgit tak bayar, tapi beratus.

Beberapa meja sekali masuk geng diorang tapi dua meja blah macamtu je tak bayar. Tak sedar ka, makanan yang masuk dalam perut tu jadi darah daging, makan makanan haram! Tak senonoh punya perangai.

Kalau lapar sangat, dah tau takdak duit, bagitau tuan kedai. Ini buka main order chicken chop bagai, sekali blah macam tu ja. Takdak otakkk!

Salah seorang ahli kumpulan RXZ tampil beri komen

“Cik Wawa, kau mention kat sini acik tumit merekah tu yang kata orang Pantai Timur makan tak bayar tu.

Tunjuk semua bukti. Kalau betul-betul tak bayar, aku akan jasi Superman. Aku akan bayar semuanya.

Kepala tumit dia la! Bergaduh dengan perempuan ni tak menang kita, padahal kalkulator kedai dia yanng rosak..‚ÄĚ

Jadi sapa yang betul ni? Adakah benar geng motor tak bayar chicken chop atau restoren tu sendiri yang salah kira sebab masa tu memang full pack.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*