Waktu PKP Wrga Asing ‘Kebal Berniaga, Tapi Kedai Melayu Kena Tutup. ADUN Mempertikai Pihak Berkuasa Tempatan

KLANG – Wrga asng didkwa ‘kebal’ dengan menjalankan operasi perniagaan sewenang-wenangnya di sekitar kawasan Klang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang membuat siaran langsung melalui Facebooknya ketika tinjauan di beberapa kawasan.

“Salam kepada Tuan Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ini apa? Wrga tempatan ke wrga asng? Ada lesen ke? Ikut SOP MKN ke?

Azmizam turut mempertikaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga wrga asng terbabit.

“Semalam Tuan Pengarah cakap dengan saya MPK sudah ambil tindakan terhadap semua peniaga-peniaga wrga asng. Jangan tipu saya sahabat. Berapa lama sudah pegang jawatan Pengarah Penguatkuasa MPK? Tak nampak ke ni?” katanya.

Beliau turut mendkwa bahawa apa yang berlaku ini bukan hanya di satu tempat malahan beberapa tempat lain di Klang.

“Nanti saya rakamkan video tempat lain pula ya Tuan Pengarah Penguatkuasa atau Tuan Pengarah Penguatkuasa nak saya buat FB Live baru percaya apa yang saya rakam ni?

“Ini satu permulaan pada hari ini 1 Mei 2020 jam 1615. Nantikan episod video yang seterusnya dan korang rakyat Klang tak akan sangka dengan apa yang ada di Klang ni,” katanya.

Menurutnya, terdapat satu kawasan wrga asng berniaga secara terbuka tanpa menghiraukan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi.

“Ada satu tempat ni, wrga-wrga asing ini berniaga dengan meriahnya tanpa lesen dan tanpa ada perasaan takut pun dan seolah-olah dilindungi oleh seseorang.

“Tuan Pengarah Penguat kuasa tahu tak tempat ni? Jangan hanya kacau wrga tempatan sahaja tetapi wrga asng dibiarkan ya Tuan Pengarah Penguatkuasa.,” katanya.

Tindakan Azmizam memuat naik suasana di hadapan kedai runcit wrga asng tersebut disokong netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani dan PBT perlu ambil serius berkaitan isu yang dibawa ini.

Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung dkwaan berkenaan.

Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*