‘Walau Sibuk Mana Saya Tetap Akan Berjumpa Jebat Setiap Hari’ – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad akan memastikan dia berjumpa dengan anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad setiap hari.

Jelas Sharnaaz, jika tidak dapat berjumpa dengan Jebat perasaannya akan terganggu.

“ Sebelum saya pergi kerja atau ketika saya ada masa waktu petang ke, saya akan pergi jumpanya. 

“ Wajib jumpa Jebat setiap hari. Selalunya dalam sejam lebih dan kadang-kadang dua jam.

“ Kalau tak buat dalam satu hari tu perasaan saya akan terganggu. Jebat adalah semangat saya,” katanya kepada Gempak.

Sharnaaz ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang.

Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu lagi, Sharnaaz mendedahkan Jebat mempunyai penyakit Obsessive Kompulsif (OCD) sama seperti isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

“ Bila dia semakin membesar, saya boleh nampak kalau dia mahukan sesuatu itu dia akan minta. Bagi seorang ayah kelakuan itu ‘sweet’ dan comel.

“ Sebab ada sesetengah bud4k yang kalau dia nak kan benda tu, dia akan terus ambil. 

“ Tapi Jebat dia pergi dekat dengan benda tu, dia tunjuk. Tapi kalau dia tak dapat benda tu, dia macam marah.

“ Selain itu yang saya perasan Jebat ni OCD macam Nabila,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*