Wartawan Tanya Bagaimana Nak Isytihar Malaysia Sebagai Bebas COVlD19. Ini Jawapan Dari DG Noor Hisham

Putrajaya, 11 Jun- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia akan diisytihar bebas COV-19 setelah 28 hari tiada kes.

Katanya, cara tersebut telah digunakan sebagai kayu ukur untuk menamatkan pemantauan terhadap kluster-kluster sebelum ini.

“Kalau kita tamatkan sesuatu kluster, kita memakan masa tempoh 28 hari pemantauan iaitu dua kitaran inkubasi.

“Jadi kalau kita guna pakai tempoh pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari, bermaksud kalau kita tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan isytiharkan bebas daripada COV19.

“Itulah yang kita guna pakai sebagai penanda aras,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau ditanya sama ada Malaysia akan mengguna pakai tempoh 14 hari sifar kes sebagai penanda aras negara bebas COV-19 atau mengambil tempoh yang lebih lama untuk mengesahkan status bebas COV-19 di negara ini.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan daripada wabak COV19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos akan datang.

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. (11 Jun 2020).

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Thursday, June 11, 2020

Siakap Keli, awattt syeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*