WaIaupun dah IuIus keluarkan duit akaun 1 Kwsp, masih ada syarat lain. Najib beritahu apa akan terjadi jika kerajaan mungkiri ‘janji’

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.

RAKYAT MULA RISAU BILA ADA KRITERIA

Najib Rqzak memuat naik 1 status berkenaan lulusnya pengeluaran akaun 1 kwsp secara on off.

Beliau juga sedar ada rakyat yang risau kerana tidak dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Didalam kenyataan Najib Rqzak, beliau beritahu apa akan Barisan Nasional lakukan jika kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin munkir janji.

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit..

Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini.

Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini.

Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.

Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.

Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya.

Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut.

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

KREDIT: AwattSyeikhh Network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*