Boleh Pulak Samakan Tuhan Dengan M4khluk Halus. Pengasas Mam4sab Tampil Beri Penjelasan

“Tuhan juga adalah makhluk halus”

Tular di media sosial mengenai video pengasas kek terkenal Mamasab, Sabrina Norin menyatakan Tuhan adalah makhluk halus melalui aplikasi Zoom bersama dengan ahli Mamasab yang lain telah menjadi topik hangat pengguna media maya.

Sabrina Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

Terkesan dengan teguran di platform Zoom dan rakaman video terbabit yang telah tersebar di media sosial, pengasas kek itu segera tampil memberi penjelasan dan memohon maaf di atas ketelanjurannya dalam bersuara serta berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua anak-anak Mama.. Selamat pagi dunia yang penuh dengan magik dan kebahagiaan dan rahmat dari Nya.

Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk jelas satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya di gunakan.. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk.

Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa.

Terima kasih untuk yang ambil berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama.

Alhamdulillah.. Atas teguran… Mama selalu cakap dengan anak-anak Mama.

Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci.. Tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi.

Alhamdulillah.. Syukur.. Terima kasih ambil berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. Saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut.

Sayang dan peluk dari Mama ya.” Jelasnya di Facebook

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Pasukan Mamasab Beri Penjelasan Dan Akan Lebih Berhati-Hati

Selain pengasas kek, pasukan Mamasab juga memohon maaf dan beri penjelasan di akaun Instagram rasmi Mamasab serta mengatakan mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Salam semua.. Baru-baru ni tular satu video tentang pengasas Mamasab. Saya selaku salah seorang keluarga Mamasab.. Nak kongsi sedikit pagi ni.

Sebenarnya, melalui platform Mamasab saya belajar kenal Tuhan dengan rapat. Untuk yang tak tahu.. Pengasas Mamasab selalu ulang-ulang.. Bahawa…

Tanpa tuhan, kita tak kan mampu berjaya di dunia. Dia selalu ulang-ulang yang Tuhan itu Maha Berkuasa… Tuhan itu Maha Memberi Rezeki. Tuhan tak boleh di lihat… Tapi kena di rasa. Melalui zat kasih sayang dan kekuasaannya. Saya masih ingat ayat Mama Sabrina.

Sebab Tuhan bantu Mama.. Dia yang bantu Mama dari zero sampai jadi jutawan. Tanpa Tuhan.. Mama is nothing” – Mama Sabrina, pengasas Mamasab.

Kepada orang yang kongsi video dan menyuarakan teguran.. Terima kasih banyak. Pasukan Mamasab akan lebih berhati-hati selepas ini.” Jelasnya.

Dr Maza Tampil Beri Teguran

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) telah tampil memberi respon di laman Facebook berikutan video yang tular sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial itu.

Ujar Dr MAZA, perkataan yang dikeluarkan usahawan kek itu adalah perkataan yang kufur dan makhluk adalah ‘yang diciptakan’.

Tambahnya lagi, jika perkataan itu disebut oleh seseorang yang sedar dan memahami maksudnya dalam keadaan sedar, maka seseorang itu telah terkeluar daripada Islam.

Maka, seseorang itu wajib bertaubat dan kembali mengucapkan syahadah.

Dalam pada itu, Mufti Perlis ini juga menyampaikan pesanan kepada sesiapa yang mengenali pengusaha kek itu supaya mengingatkannya untuk kembali bertaubat.

Sumber/Kredit :johodaily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*