Ziarah Untuk Hari Raya Hanya Dalam Negeri Sama, Maksimum 20 Orang

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini menjelaskan bahawa ziarah-menziarahi masih boleh diadakan pada Aidilfitri dengan syarat tertentu.

Jelas Muhyiddin, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa

” Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” katanya dalam satu perutusan khas secara langsung hari ini.

PM umum PKPB disambung sehingga 9 Jun

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Walaupun kita telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID 19, usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya.

“Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.

“Justeru, atas nasihat KKM dan MKN, saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei 2020, akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020, iaitu selama 4 minggu lagi,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Tambah Muhyiddin, semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan PKPB yang bermula pada 4 Mei yang lalu berjalan dengan lancar dan teratur.

“Tidak berlaku kesesakan luar jangka di stesen-stesen pengangkutan awam, di dalam LRT, MRT, bas, restoran dan lain-lain.

“Nampaknya, rata-rata rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Bagi menangani penularan Covid-19, kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Susulan penurunan kes Covid-19, kerajaan kemudian mengumumkan PKPB pada 4 Mei lalu, yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi dibuka semula.

Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin juga berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura.

Kata Muhyiddin, berdasarkan kajian agensi itu, Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

“Jadi, sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan kita yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak Covid-19.

“Saya juga nak merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan kita menangani krisis ini,” katanya.

Mskini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*