Najib Razak Sebagai Penasihat Ekonomi, Bukan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri

MALAYSIA: Beberapa hari kebelakangan ini ada pihak yang meminta atau menggesa kerajaan baru melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai seseorang yang bertanggungjawab dalam membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

Gesaan ini atau pemintaan ini bukanlah menunjukkan kerajaan pada hari ini tidak mampu atau tidak cukup kuat mentadbir dan memulihkan ekonomi negara, tetapi ia adalah bertujuan bagi mendapatkan khidmat kepakaran Najib dalam bidang eknomi.

Najib dikatakan mempunyai pengalaman yang baik dalam menguruskan ekonomi negara sehingga membantu meningkatan taraf ekonomi Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Ekonomi Malaysia dikatakan menjadi kurang baik sejak peralihan kuasa berlaku iaitu daripada kerajaan BN kepada Pakatan Harapan.ย  Selepas itu ditambah pula dengan penularan CoV-19, ekonomi semakin buruk buat Malaysia.

Pandangan warganet

Jika dilihat di media sosial dapat kita lihat bahawa ramai yang bersetuju dengan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai orang yang membantu dalam bidang ekonomi.

Walaupun sebelum ini Najib dikatakan sebagai pengkhianat atau perompak, warganet percaya itu hanyalah perkara yang direka-reka oleh Pakatan Harapan. Mereka hanya dapat membuat fitnah tanpa membuktikan yang Najib adalah pesalah yang sebenar.

Lantik Najib Sebagai Penasihat Bukan Perdana Menteri

Seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, mereka melantik beberapa orang lama sebagai penasihat kerajaan sebelum ini. Jadi mungkin konsep yang sama boleh diterapkan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin iaitu melantik bekas Perdana Menteri itu sebagai Penasihat Kerajaan dalam bidang ekonomi.

Netizen meluahkan pandangan mereka agar tidak menukar Perdana Menteri sedia ada dan Menteri Kewangan juga tidak sesuai untuk Najib Razak kerana kedua-dua jawatan ini sudah dipegang oleh orang yang tepat. Namun masih ada juga yang meluahkan rasa tidak senang dengan nama Najib apabila mereka masih lagi mengelar Najib menghabiskan duit negara.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:ย Pihakย Kualalumpur Viralย ย tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihakย Kualalumpur Viralย juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

5 Comments

  1. Yg duit ada dimereta dunia tu fitnah ke, anak tiri beri balik 10% dan simpan 90% fitnah ke, berlori2 bukti can beratus saksi dimahkamah itu fitnah

  2. Baguslah lantik najib, mantan penyamun tarbus…. Nasihat kan bagaimana nak buat duit…. Cash is king… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*