Curahan Hati Najib Razak di Halaman Sesawang Najib Razak Buat Ramai Netizen Sebak

Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi.

Ada seperkara yang saya tidak sangka.

Bukan, bukan keputusan penghakiman.

Apa yang saya lihat setibanya kereta saya di Masjid Wilayah pagi tadi.

Menerusi tingkat kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah.

Saya lihat wajah anak-anak muda, dalam lingkungan 20-30an.

Saya lihat ada warga emas, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada yang bertongkat, ada yang dipapah.

Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda.

Rakan-rakan parti seperjuangan juga hadir. Dari utara, dari Pantai Timur.

Namun, kebanyakan mereka yang lain saya tidak kenal.

Mereka bukan Tan Sri, mereka bukan Datuk Seri, mereka bukan orang kenamaan.

Saya lihat rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Ya, saya faham mengenai kritikan pematuhan SOP Covid-19. Saya percaya mereka yang hadir juga.

Mereka semua yang hadir patuh kepada peringatan polis serta merta dan ada yang bersurai.

Saya tertanya kepada diri, kemudian kepada pegawai ketika di perkarangan.

Siapakah mereka? Mengapa mereka di sini?

ā€œ They are here for you, Sirā€œ

Jawapan yang saya terima ini amat menyentuh hati.

Saya diberitahu ada di kalangan mereka orang kampung.

Ada di kalangan mereka pekerja kontrak.

Ada di kalangan mereka peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin.

Segenap lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika saya Perdana Menteri dahulu.

Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua.

Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.

Maafkan saya.

Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Terima kasih tidak terhingga.

Tidak saya sangka. Saya ada ā€˜asetā€™ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari.

Persahabatan sejati.

Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa.

Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat.

Andalah rakan dan keluarga yang saya ada.

Ini bukan pengakhiran.

Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya.

Saya mahukan keadilan.

Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi.Ada seperkara yang saya tidak sangka. Bukan, bukan keputusan…

Posted by Najib Razak on Tuesday, July 28, 2020

Sumber: Facebook Najib Razak via JemputBaca.com

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

  1. Insyallah sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini,apa yg boleh kita buat, berDoa lah kpd yg maha pencipta kita,insyallah segala rintihan ,susah senang,Allah swt maha mendengar ,maha mengetahui,segala apa yg berlaku dimuka buminya, keluhan hambanya,serta penderitaan yg tanggung oleh hambanya,insyallah Allah swt akn tolong kita lebihĀ² lg org yg fitnah,di inayai,DOA org seperti ini makbul & mustajap , insyallah diberikan selepas ini,satu keadilan yg sempurna setiap perkara yg berlaku,aamiin ya rabbal aalamin

  2. Rakyat yg berpendapatan rendah baru nk merasa senang sikit..sangat berbeza zaman 22 tahun..zaman 9 tahun dan zaman 22 bulan pemerintahan..Rakyat nampak perbezaan hidup semasa 9 tahun pemerintahan..terima kasih DSNR..kerana memahami setuasi Rakyat terutama golongan pendapatan rendah.Terima kasih.
    Terima kasih..Terima kasih..Doa rakyat sentiasa mengiring DSNR.Moga perjalanan di permudahkan ameen…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*