“Dah 2 KaIi UMNO Bermesyuarat Bersama Pas, Dan Tetap Tidak Akan Sertai PN” – Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda Umno Senator Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa kepimpinan partinya telah menyatakan pendirian untuk tidak menyertai gabungan politik Perikatan Nasional sebagai parti komponennya ketika mesyuarat Muafakat Nasional bersama PAS.

“ Ini kerana dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), Umno tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu Umno menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“ Hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu Umno kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN,” katanya pada suatu kenyataan malam ini.

Asyraf mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini bahawa parti itu tidak dimaklumkan mengenai keputusan Umno untuk tidak menyertai PN.

Menurut Asyraf pendirian tersebut telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili Umno dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi PAS.

“ Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi Umno.

“ Namun sebagaimana yang ditegaskan, Umno akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU15,” katanya lagi.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan Takiyuddin berkata perkara berkenaan “dijangka dibincangkan dalam masa terdekat dan PAS sedang menunggu pelawaan daripada Umno mengenainya.”

PAS juga, kata beliau sekali lagi menegaskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, sehingga PRU-15.

“ Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji.

“ Perkembangan (yang berlaku) ialah kita (kini) bersama PN, jadi menjadi tanggungjawab (kita) memperkukuh dan pertahankan kerajaan ini,” katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Zahid pada 30 Julai lalu berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

MALAYSIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*