Dah Boleh Semak Permohonan & Rayuan BPN Mulai Harini. Pembayaran Akan Dilakukan Pada Tarikh Ini

SHAH ALAM – Kementerian Kewangan memaklumkan orang ramai kini boleh menyemak status permohonan dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah pun selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan yang dibuka dari 1 hingga 20 April lalu.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

‚ÄúStatus permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020 melalui pautan¬†https://bpn.hasil.gov.my/¬†“¬†katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, mereka yang layak akan menerima pembayaran BPN secara sekali gus mulai 15 Mei ini.

Katanya, melalui kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion).

‚ÄúKerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini,‚ÄĚ katanya.

SINAR HARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

  1. sampai sekarang nom voucher masih tidak dipaparkan semasa membuat semakan bayaran BPN.boleh minta nom voucher dari pihak LHDN?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*