Demi Bayar Gaji Pekerja, Mila Jirin Dipuji Ramai Sebab Sanggup Jual Durian Tanpa Segan

SELEPAS mengambil inisiatif menjual kek bagi memastikan pendapatan pekerja tidak terjejas kerana penularan C0v, penyanyi Mila Jirin mengambil peluang menjual buah durian pula sebagai tambahan bagi punca pendapatan syarikatnya.

Menurut Mila, 33, dia menerokai bidang baharu itu kerana ingin menampung kos operasi dan memastikan pekerja terus mempunyai gaji meskipun syarikat miliknya terpaksa dihentikan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Ramai kawan-kawan tanya betul ke saya jual durian, ya memang betul buat pertama kalinya jual durian.

“Kenapa saya jual durian tahun ni? Ini adalah kerana syarikat berasakan perkahwinan kami iaitu Bizmilla tak dapat jalankan perniagaan berikutan C0v dan PKP.

“Jadi, saya dan staf ambil inisiatif menerokai bisnes baharu sebagai penjual buah durian,” katanya.

Mila berkongsi mengenai perniagaan baharunya itu menerusi Instagram pada Selasa.

Pada Ramadan lalu, Mila turut mendedahkan dia menjual kek dan manisan bagi menampung kos pengurusan syarikat dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Sementara itu, penyanyi lagu Aku Lebih Tahu ini berkata dia tidak malu mengakui dirinya kini merupakan usahawan buah durian.

Mila berniaga kek Ramadan lalu bagi menambah pendapatan syarikat.

Malah, apa yang dilakukan itu bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk menambah pendapatan syarikat.

“Apa yang nak dimalukan, ya… memang betul saya jual durian! Sebenarnya ini inisiatif kami ambil untuk membantu syarikat jana pendapatan dan memastikan pekerja mendapat pendapatan bulanan yang sama.

“Saya selalu cakap dengan staf saya ini adalah rezeki kerana kita berniaga hari ini bukan untuk mengejar keuntungan syarikat tapi untuk menampung kos operasi.

“Terima kasih kepada anda yang terus sokong dan membantu kami… bukan hanya durian, kami di Bizmilla turut menjalankan beberapa perniagaan lain untuk tampung kos operasi syarikat,” ujarnya.

Mstar Online, SAMBAL TUMIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*