Denda RM210 Juta Dan Penjara 12 Tahun – Najib Razak Tepuk Dahi Sedar Dia Terciduk

Bekas perdana menteri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa.

Bagi sabitan pecah amanah pula, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman ke atas Najib ialah 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, ahli parlimen Pekan berkenaan dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak.

Najib kelihatan tenang sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Semasa mengemukakan rayuan, salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, memberitahu tertuduh tidak dapat membayar denda yang ditetapkan kerana sudah diarah mahkamah lain membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Peguam itu juga merujuk kepada Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang pasti akan menyusul selepas ini.

Sumber: Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*