Sempena Bulan Kemerdekaan, Jpj Tawar 70% Diskaun Saman! Netizen Puji Menteri Pengangkutan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, tawaran tersebut yang bermula 1 hingga 31 Ogos itu dilaksanakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

“ Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta kaedah-kaedah dan perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“ Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pengurangan saman tersebut akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

“ Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan,” tambah kenyataan itu lagi.

70% DISKAUN BAGI PEMBAYARAN SAMAN JPJ DAN SPAD SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BERMULA 1 OGOS 2020 SEHINGGA 31 OGOS…

Posted by Wee Ka Siong on Tuesday, July 28, 2020

Sumber: Kementerian Pengangkutan Jalan / Jirancakap / Jemputbaca

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*