Tiada Topeng & Penjarakkan Sosial, Lebih 60k Penyokong Banjiri Stadium, Bebas Sokong Hungary vs Portugal

Ketika ini, sedang berlangsung perlawanan bola sepak Kejuaraan Eropah di antara Portugal dan Hungary di stadium Puskas Arena, Budapest.

Selain aksi kedua-dua pasukan itu, kehadiran para penyokong di stadium tersebut juga menarik perhatian warganet dari seluruh dunia.

Puskas Arena menjadi satu-satunyaĀ venueĀ bagi Kejuaraan Eropah yang membenarkan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh. Dengan kebenaran itu,Ā lebih 60,000 penyokong dilihat memenuhi stadium itu.

ā€˜Pemandanganā€™ yang sudah lama tidak dilihat itu membuatkan ramai yang ā€˜cemburuā€™ selain meluahkan kebimbangan mengenai penularan jangkitan COVID-19.

Hungary mempunyai populasi kira-kiraĀ 9,730,000Ā penduduk. Menurut statistikĀ Our World In Data, sebanyak 9.42 juta dos vaksin COVID-19 sudah diagihkan dalam kalangan penduduk Hungary. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4.11 juta penduduknya sudah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya. Ia menjadikan peratusan rakyat Hungary yang sudah pun menerima suntikan penuh vaksin COVID-19 adalah sebanyak 42.1 peratus.

Sumber:Ā Bleacher Report Football

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*