e-Dompet RM50 Akan Dikreditkan Bermula Tarikh Ini. Ini Cara-Cara Untuk Anda Menebus Dan Juga Syarat-Syaratnya

Dalam satu kenyataan media sebentar tadi menerusi akaun Facebook rasmi Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul mengumumkan pelancaran program RM750 Juta kredit ePenjana, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Di bawah program ini, setiap pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Senarai e-dompet terpilih adalah:

Boost

GrabPay

Touch ‘n Go

Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan MySejahtera. Oleh itu, anda yang ingin memohon perlulah memuat turun salah satu dari 3 aplikasi diatas serta memuat turun dan menggunakan applikasi MySejahtera.

Mengikut sistem e-wallet sebelum-sebelum ini, jika anda ingin menebus kredit percuma RM50 ini anda boleh memuat turun aplikasi sperti Boost, Grab, Touch ‘n Go Digital.

Syarat Kelayakan e-Dompet RM50:

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berpendapatan kurang dari RM100k setahun.

Tarikh Dikreditkan

Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah pada 31 Julai hingga 24 September 2020, dan tarikh akhir penggunaan ePEJANA adalah pada 30 September 2020

Pemohon disarankan untuk memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi Mysejahtera, manakala para peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmaran e-Dopmet yang berkenaan, dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePenjana yang lancar di kedai-kedai mereka.

Rakyat juga diingatkan bahawa Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi Mysejahtera, Boost, GrabPay, dan Touch ‘n Go eWallet sahaja untuk program ini.

SIARAN MEDIA: Program RM750 Juta Kredit ePENJANA Untuk Rakyat MalaysiaBertarikh 30 Julai 2020

Posted by Tengku Zafrul on Thursday, July 30, 2020

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*