Elak ‘Kantoi’ Dengan Keluarga, Ibu Tergamak Cmpak Anak Baru Lahir Dari Tingkat 4 Bangunan

Seorang wanita sanggup mencmpak bayi perempuannya yang baharu sahaja dilahirkan dari tingkat empat rumah yang didiaminya, hari ini

Kejadian yang berlaku di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown itu disedari oleh seorang penghuni flat pada jam 8 pagi selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumahnya.

Individu itu kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi bayi cukup sifat yang masih bernywa dan bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama kakitangan Klinik Kesihatan Bayan Baru untuk membuat pemeriksaan lanjut

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan berkata sebaik sahaja tiba di lokasi, pihaknya mendapati bayi perempuan tersebut masih dalam keadaan bernyaawa.

“Ketika tiba di lokasi mendapati bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan masih bernyaawa di bahagian kawasan terbuka (bawah) flat terbabit.”

Polis kemudian mengenal pasti rumah sspek dan membawa dia bersama bayinya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan,” katanya.

Anbalagan berkata, soal siasat ke atas sspek berusia 18 tahun itu mendapati, dia mengaku melahirkan bayinya pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarganya

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai itu dikatakan paniik dan bertindak membuang bayi malang tersebut dari tingkat empat melalui balkoni rumahnya bagi mengelak dari diketahui ahli keluarga yang lain.

Menurut Anbalagan, sspek telah merhsiakan kandungannya daripada ahli keluarga dan mendedahkan bapa kepada bayi itu adalah teman lelakinya yang sebaya dengannya. Susulan itu, pihak polis kini giat mengenal pasti teman lelaki sspek.

“Ibu bapa kepada sspek dikatakan berada di Kelantan, manakala adik-beradik yang tinggal bersama sspek tidak menyedari kejadian ini.

“Ketika ini, doktor sedang melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan bayi terbabit kerana terdapat pendrahan pada kepala,” katanya.

KREDIT: SAYS / HIBURAN MEDIA TERKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*