Enam Tahun HiIang Dan DiIupakan, SehinggaIah Wartawan Hubungi, Hamidah Wahab MuIa Luahkan SegaIanya

Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 90an dan awal 2000an, nama pelakon veteran Hamidah Wahab pastinya masih segar dalam ingatan.

Dia pernah membintangi filem Bisikan Cinta pada tahun 1995 bersama Azhar Sulaiman yang menjadi hero waktu itu, Hamidah turut pernah berlakon dalam berpuluh drama tempatan.

Bagi Hamidah, 63, selagi ada kudrat, selagi itulah beliau mahu mengabadikan dirinya dalam dunia persada seni. Minatnya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar, biarpun sudah empat dekad bergelar anak seni.

” Kerjaya lakonan menjadi mata pencarian saya, selama ini. Tidak timbul soal nak bersara atau sebaliknya, itu semua kerja Allah SWT.

” Selagi tak mendatangkan mudarat dan meIggar undang-undang, saya akan meneruskan minat dan kecintaan ini.

” Saya berlakon tak berhenti sejak zaman muda. Ada kala, hanya sempat berehat seminggu dua, sudah kembali bekerja.

” Itulah yang menyeronokkan, saya melakukannya demi minat, bukan mengejar kesenangan.

” Apabila dapat panggilan wartawan, hati sangat seronok. Saya hanya mengenali wartawan generasi lama. Ada antaranya sudah bersara dan meninggI dnia.

” Saya tak sangka masih mendapat perhatian wartawan generasi hari ini yang mahu membantu memberi pubIisiti,” katanya kepada BH Online.

Hamidah berkata, ada ketika dirinya pernah dikatakan sudah tidak mahu berlakon.

” Hakikatnya, tidak sesekali. Bagaimanapun, enam tahun juga saya menghilangkan diri daripada radar dunia lakonan.

” Masa itu, rasa kecewa dan dilupakan, tetapi itu biasalah. Saya enggan terus larut dengan perasaan tidak ketentuan. Saya percaya rezeki Allah sangat luas.

Dihubungi pengarah Along Kamaruddin

” Saya beroleh rezeki berlakon semula, tahun lalu. Pengarah, Along Kamaruddin antara yang bertanyakan sama ada saya masih berlakon atau tidak.

” Saya balas, tak pernah rasa nak berhenti berlakon lagi.

” Daripada situ, saya dapat berlakon dengannya. Lepas itu, penerbit dan pengarah mula memanggil saya semula.

” Pengarah seperti Shahrulezad Mohameddin, Rashid Sibir dan Michael Ang antara yang tak lupa menawarkan saya kerja lakonan,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Anak ketiga daripada 12 beradik itu berkata, dia akan terbabit dengan telefilem Tanah Kubur arahan Rashid dan sebuah drama arahan Michael, tak lama lagi.

” Saya tahu, jenama Tanah Kub0r dan saya cukup sinonim.

” Rashid tak melupakan saya. Insya-Allah, penggambaran akan bermula 9 Julai ini, manakala drama arahan Michael pula dijangka bermula 13 Julai,” katanya yang membintangi filem Gila Gila arahan Omar Rojik pada 1979 yang juga filem pertama lakonannya.

KREDIT : ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*