Fattah Amin Tengah Seronok Buat Tiktok Tiba Tiba Dia Kena ‘Tegur’ Dengan Fazura

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok.

Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum.

“Dengan newbie kena hasut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen.

KENA TEGUR NGAN FAZURA

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut meninggalkan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil.

“OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan.

“Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya.

“Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya.

“Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya.

“Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.

GEMPAK / teh o ais media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*