‘Bingung’ Terus Pmain lnd0nesia. Baru Semangat Nak Nyanyi, Penganjur Silap Pasang Lagu NEGARAKU Masa Perlawanan UAE Semalam

Satu insiden yang kurang enak dilaporkan telah menimpa pasukan bolasepak lnd0nesia apabila pihak penganjur tersalah memutarkan lagu kebangsaan lnd0nesia.

Insiden salah putar lagu kebangsaan yang menimpa pasukan bolasepak lnd0nesia itu terjadi ketika mereka menentang Emiriah Arab bersatu (UAE) dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia Kumpulan G yang berlangsung di Stadio Zabeel, Dubai malam semalam.

Seperti kebiasaannya, sebelum perlawanan berlangsung, lagu kebangsaan kedua-dua pasukan akan dimainkan.

lnd0nesia mendapat giliran terlebih dahulu.

Para pemain yang penuh bersemangat untuk menyanyikan lagu kebangsaan mereka telah siap-siap meletakkan tangan mereka di dada serta menghadapkan diri mereka ke arah bendera negara mereka.

Ketika semuanya telah bersiap sedia, pihak teknikal telah tersilap memutarkan lagu kebangsaan Malaysia iaitu ‘Negaraku’ di sebalik lagu kebangsaan lnd0nesia iaitu ‘lnd0nesia Raya’.

Para pemain kelihatan bingung dan segera mempr0.tes dengan mengangkat tangan dan menjerit.

Peminat lnd0nesia yang hadir di stadium Zabeel turut dapat didengari menjerit dengan menyatakan bahawa lagu yang dimainkan itu adalah lagu kebangsaan Malaysia.

Ekoran daripada itu, lagu Negaraku terus diberhentikan selepas pihak pasukan bolasepak lnd0nesia dengan pantas bertindak menegur kesalahan yang dilakukan oleh pihak teknikal.

Pihak teknikal segera menyelesaikan kekeliruan itu dan terus memutarkan lagu kebangsaan lnd0nesia.

Penonton yang hadir terus bertepuk tangan dan menyanyikan lagu kebangsaan lnd0nesia selepas pihak teknikal menyelesaikan kesilapan itu.

Antara Komen Komen Netizan

Sumber: SK, Twitter , Bolasport.com

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*