Selepas isu lesen Youtube, Ellie Suriati buat hal lagi – kali ini filem Mael Totey jadi sasarannya

Pengarah dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem.

“Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya, ” ujarnya kepada mStar.

“Mael Totey The Movie” cipta kejayaan YouTuber dalam filem

Kejayaan Mael Totey The Movie berjaya mengutip RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangannya adalah satu fenomena.

Filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli ini berjaya memecah rekod tersendiri. Secara tidak langsung ia telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer dalam industri perfileman.

Kejayaan filem ini turut mengangkat genre drama komedi ke aras yang lebih tinggi. Karya Syahmi yang lebih santai ini menepati citarasa penonton yang mahukan sesuatu yang ringan dalam jenaka menghiburkan. Sememangnya, Mael Totey The Movie mempunyai gaya dan genre tersendiri.

Syahmi sendiri telah membuktikan kejayaan seorang YouTuber sebagai pengarah dan penerbit juga pelakon filem tersebut.

Malah, fenomena YouTuber juga antara kelebihan dan rezeki Syahmi yang mempunyai ramai peminat dan pengikut di YouTube. Ini juga dikatakan antara faktor kejayaan Mael Totey The Movie.

Jelas, kejayaan filem ini telah memberi sinar baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dengan norma baru, masyarakat kini lebih gemar menonton hiburan yang mudah diakses.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya sentiasa komited dalam membantu membuka ruang buat penerbit tempatan untuk menayangkan karya kepada penonton sasaran dalam tempoh ini.

Mael Totey The Movie berjaya meraih RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangan, sejak 22 Oktober lalu menerusi Astro First. Ini merupakan kutipan paling tinggi di platform Astro First setakat ini, sekali gus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Kredit: mStar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*