Janna Nlck Nak Tnjuk Pakalan TradisionaI Tapi Kena Tegurr Dengan lndividu lni Sebab Terlalu ‘Belanja’

Sempena sambutan Tahun Baru Cina pastinya ramai selebriti akan mengambil peluang untuk menggayakan pakaian tradisional seperti cheongsam.

Pengacara Melodi iaitu Janna Nick juga tidak ketinggalan untuk menggayakan pakaian tradisional tersebut dan dikongsinya di laman Instagram.

Namun, busana yang dimuat naik itu bagaimanapun telah nampak agak keterlaluan dan seksl sehingga ditegur ntlzen di alam maya.

Jagalah aurat tu…

Busana cheongsam berwarna merah itu telah digayakannya semasa tampil sebagai pengacara di rancangan Melodi.

Dia memuat naik foto berkenaan di laman Instagram dan ditegur netizen kerana terlihat bahagian kakinya walaupun ditutupi stokin berwarna hitam.

Nanti kena kecam, minta maaf

Rata-rata ntlzen menegur etika pemakaiannya di dalam foto berkenaan yang disifatkan seksl kerana kelihatan terdedahh dibahagian kaki.

Mereka juga menasihati agar pengacara itu menjaga avrat dan lebih berhati-hati memilih pakaian.

Artikel lain ..

Janna baru tahu ‘angin’ pengarah

Tampil dengan telefilem Delen arahan pertama yang disiarkan Astro Citra, malam tadi, Janna Nick baru tahu perasaan sutradara apabila pelakon tidak ‘memberi’ ketika penggambaran.

Mengaku tidak mempunyai kelulusan dalam bidang perfileman, namun, Janna yakin pengalaman berlakon mampu dijadikan panduan dalam mengarah.

“Saya baru faham setiap pengarah ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaman antara pelakon dan pengarah tidak sama.

“Sebagai pelakon, kita kena hormat kerja pengarahan,” katanya kepada BH Online.

Taruhan pertama Janna, Delen yang diterbitkan Janna Nick Studios menampilkan Sean Lee, Sherry Alhadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan Kelly Azman.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 26, memilih genre komedi romantik yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah sebagai percubaan pertama.

“Saya fikir genre ini lebih mudah untuk mengarah. Tetapi, sebenarnya tidak begitu terutama ketika kerja penyuntingan.

“Mendengar komedi romantik seperti ringan, namun, hendak menghasilkan karya begini agak sukar,” katanya.

Janna kini melihat karier dalam dunia hiburan terutama dalam bidang pengarahan dan penerbitan lebih serius.

“Sebelum ini, tanggungjawab sebagai pelakon sahaja. Sekarang, saya perlu lalui semua.

“Ini juga memberi kesan kepada lakonan saya di mana saya perlu peka terhadap kerja pengarah dan penerbit,” katanya.

Janna berkata, dia mahu terus mengarah dan serius dengan haluan baharunya dalam dunia seni.

“Saya bukan hendak mengejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula.

“Insya-Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem, Jeti yang akan disiarkan. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.

“Saya hanya fokus kepada kerja pengarahan dan penerbitan dalam projek ini,” katanya terbuka menerima reaksi peminat terhadap buah tangannya.

Dalam perkembangan lain, Janna memberitahu, dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta (IKJ) di Indonesia, akibat penularan wabak COVID-19.

SUMBER/KREDIT: GEMPAK / BHARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*