Tampil Dengan Imej Terbaru Di AJL 34, Datuk A Aida Ternyata Mengejutkan Ramai

Penerbit, Datuk A Aida mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

Penampilan A Aida nyata mengejutkan ramai apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) ketika ditemu bual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.

“ Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang turut bersaing di AJL tahun ini bersama 11 buah lagu lain.

PENULIS lirik lagu Kisah Cinta Kita, Datuk A Aida tetap menaruh harapan tinggi lagu nyanyian Hafiz Suip itu layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

A Aida berkata, walaupun lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali itu tidak terpilih lagu terbaik pada minggu kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) semalam, dia yakin dengan kelebihan yang pada lagu itu.

“ Harapan saya tentu saja mahukan lagu ini ke AJL34 dan kalau ada rezeki menang. Apatah lagi ia juga berjaya mencuri perhatian peminat muzik tempatan.

“ Bagi saya, melodi dan lirik lagu ini menyatu. Kalau imbas kembali, saya menulis lirik lagu ini ketika bercuti di Switzerland tahun lalu. Lirik ini ‘jiwang’ dan kena dengan jiwa remaja dan pasangan bercinta.

“ Malah, ketika itu saya dapat rasakan lagu ini akan pergi jauh. Alhamdulillah, ditambah pula dengan nyanyian Hafiz yang lemak merdu, lagu ini diterima baik,” katanya kepada Harian Metro.

A Aida juga berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam lagu ini termasuk TV3 yang memilih lagu itu menjadi lagu tema drama Dia Menantu Rahsia.

“ Insya Allah, saya yakin lagu ini ada rezekinya. Setiap yang bertanding pasti inginkan kejayaan.

“ Hafiz pun sudah buat yang terbaik dan dia memang seorang penyanyi yang bagus. Cuma, sedih sebab tidak dapat menyaksikan persembahannya secara langsung semalam,” katanya.

Pada minggu kedua SFMM34, lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu terbaik.

Selain lagu Kisah Cinta Kita dan Sumpah, sembilan lagu lain adalah Teguh Setia (Muna Shahira), Pujaan Hati (Adira), Rampas (Akim & The Majistret), Pedih (Sara Suhairi), Anta Permana (Bob Yusof), Ragaman (Fairuz Misran), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Bekas Kekasih (Tomok).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*