“Mengaku maIas mandi” tak rasa rimas? Pernah sampai beberapa hari tak jirus badan

AKU belum mandi, tapi masih cantik juga… Itu antara bait lagu popular Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil yang menggambarkan dirinya sebenar juga malas mandi.

Namun Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, berkata, sikap buruk itu diubah selepas memasuki program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Kata penyanyi dari Indonesia itu, dia kini lebih kerap mandi kerana tidak mahu orang sekeliling berasa tidak selesa dengan dirinya.

“Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

“Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penatarias tanya kenapa rambut busuk?” katanya kepada mStar.

Upiak ditemui semasa sidang media selepas berakhirnya konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad lalu.

Upiak menyanyikan lagu Cinta Sejati di minggu keempat.

Ujar Upiak, dia pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut tanpa ada rasa rimas dan tidak selesa.

Dia juga menganggap kehidupannya terasa lebih bebas tanpa tekanan yang meminta dia untuk mandi.

Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

UPIAK ISIL

PENYANYI

“Saya pernah tak mandi selama 10 hari sebab kalau saya tak mandi saya merasa menemukan dunia yang bebas, tak ada tekanan dan tak ada yang suruh-suruh sebab kehidupan bahagia

“Saya mandi ni tuntutan untuk persembahan kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan… busuk!” ujarnya.

Pada malam persembahan konsert GV8 minggu keempat Upiak menyanyikan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari dan layak ke konsert minggu hadapan.

Fazley Ters1ngkir Tapi Upiak Menangis Teresak-Esak. “Dia Sed1h Mungkin Sebab Ini Sebabnya…”

Penyingkiran Datuk Fazley Yaakob pada konsert Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu keempat malam tadi, ternyata memberi impak cukup besar untuk penyanyi Upiak Isil.

Pertemuan secara tidak diduga antara Upiak dan Fazley usai konsert keempat semalam menjadikan pekarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘dibanjiri’ dengan tang1san penyanyi Indonesia itu.

Difahamkan, momen penuh emosi itu berlaku ketika Upiak sedang memasuki kenderaan.

Bagaimanapun, kehadiran Fazley yang secara tiba-tiba melalui jalan sama menyebabkan Upiak terus dilanda emosi, sekali gus mengalirkan air mata.

Dalam sekelip mata, suasana pekarangan PICC yang sebelum ini ceria terus bertukar h1ba.

Menurut Fazley, kesed1han dialami Upiak itu terjadi kerana hubungan antara mereka berdua sangat rapat.

“Dalam GV saya paling rapat dengan dua orang iaitu Bandi Amuk dan Upiak. Upiak ni rapat sebab kami sebenarnya satu kampung dekat Bukit Tinggi

“Atuk saya belah ibu memang daripada situ dan kebetulan kampung Upiak sebelah-sebelah je.

“Upiak pun banyak cabarannya di sini, banyak mas4lah dihadapi, jadi Upiak bercerita pada abang.

“Banyak perihal masalahnya. jadi saya banyak bagi semangat, kekuatan, bantu bagi dia keyakinan bila dia d0wn, pasal baju la, show la,” katanya.

Jelas Fazley, disebabkan semua itu, hubungan mereka semakin rapat dan Upiak menganggapnya sebagai abang.

“Jadi mungkin kesedihan tadi dia rasa kehilangan sebab dah tak ada abang dalam GV,” katanya.

Untuk rekod, Datuk Fazley Yaakob menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) kedua tersingkir pada konsert keempat yang berlangsung sebentar tadi.

Bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu hanya mampu menerima markah 50% berbanding bintang lain.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Sumber/Kredit : Gem.pak / layandulu

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*