Anak Terus Demam Selepas Habis Mandi Kolam Renang. Rupanya Ini Sebab Kenapa Dan Bagaimana Untuk Tahu Kolam Itu Bersih Atau Tidak

Tarikan kolam renang ni, kadang kala bukan kanak-kanak sahaja terus melompat masuk, kita yang dewasa ni pun ada kalanya tewas jugaklah dengan godaan air dekat swimming pool tu. Kena pulak kalau cuaca agak best untuk berenang.

Tapi, ibu-ibu bapa-bapa perasan tak kadangkala ada sesetengah kolam renang, bila anak-anak mandi, akan jatuh sa kit. Kebetulan semalam, ada ternampak satu perkongsian dari Taufiq Razif.

Dalam perkongsian tersebut, ada menjelaskan kenapa kanak-kanak selalu sa kit selepas mandi di kolam renang.

KENAPA LEPAS MANDI KOLAM ANAK KITA TERUS DE MAM

Saya paling risau kalau anak anak jadi sa kit bila balik dari mandi kolam!

Tak kisah la jadi de mam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sa kit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )

Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.

Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.

Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.

Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.

Tu la kenapa kalau anak jatuh sa kit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!

p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing

p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu

TIPS BAGAIMANA NAK TAHU KOLAM ITU BERSIH ATAU TIDAK

Cari kolam yang bersih.. Yang bau klorinnya tak kuat sangat .. Dan kolam yang dijaga kebersihannya.. Kebanyakan penyakit ni datang daripada kolam yang tak dirawat sempurna dan juga daripada na jis dan kencing yang terlalu banyak

Sumber : Taufiq Razif

Mari kita lihat 5 risiko bahaya anak-anak kecil mandi kolam.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*