Kalau Tapak Tangan Gatal Tanda Nak Terima Duit, Atau Adakah Hanya Kebetulan? Baca Ini Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??

Betul ker??

Disini Admin kongsikan sedikit pengalaman Admin:

Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan

Apa yang pernah Admin alami dan Admin sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. Contohnya pada sebelah pagi tiba-tiba tapak tangan rasa gatal, bila menjelang tengah hari dapat msg dari pelanggan ingin membeli┬áMindatif Plus.┬á­čÖé

2. Tangan Kiri

Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan

Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata Admin akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)

4. Mata Kiri

Yang ini Admin sedar berlaku sebelum arwah datuk Admin meninggal dunia. Ketika itu Admin di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri Admin bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri Admin kuat bergetar sehingga Admin dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Admin sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.

Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang Admin alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.

p/s: Orang kata kalau bulu mata gugur maknanya ada orang rindu.. Yang ini Admin tak tahu kebenarannya..hehehehe.. Ada sebarang komen??

Sumber Artikel : Hafizul Halim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*