Kenapa Ibu Bapa Wajib Tonton Filem PIHU. Kisah Yang Pasti Membuat Hati Anda Tersentuh

Pernahkah anda terbayang situasi seorang bayi berusia 2 tahun tinggal seorang diri selepas ibunya meninggal dunia dalam tidur?. Berikut adalah sinopsis filem itu yang pasti akan membuatkan mana-mana Ibu dan Bapa tak senang duduk.

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Tonton Filem PIHU

1. Pihu adalah filem yang di adaptasi dari kisah benar yang berlaku di India. Myra seorang bayi kecil berusia 2 tahun.

2. Pada satu pagi dia mendapati ibunya ‘belum lagi bangun dari tidur.’ (Sebenarnya ibunya telah mati dalam tidur).

Cuba kejutkan ibunya yang sudah tidak bernyawa

Tidur di atas mayat ibunya yang disangka masih nyenyak tidur. Jika anda seorang ibu mesti terbayang kelakuan anak sendiri sekarang ini

3. Jadi si Myra buat kerja sendiri sebagai kanak-kanak. Main mainan, masuk dalam peti ais, bermain gincu ibunya. Masa nak menyusu Myra panjat almari tinggi nak gapai.

Bayangkan budak kecil bersendirian di dapur dengan serpihan kaca bertaburan di atas lantai. Mencari makanan dan dalam peti ais hingga akhirnya terperangkap di dalamnya . Bermain di balkoni sendirian tanpa pengawasan orang dewasa

4. Banyak plot yang mendebarkan hati terutamanya apabila Myra keluar ke balkoni apartment tinggi melihat ke bawah. Dan juga scene dia berjalan di lantai penuh denga kaca pecah. Anak kecik perut lapar nak ambik makanan, ape je dia tahu kan.

5. Sebagai seorang bapa, tak pasti apa perasaan saya semasa tonton filem ini nanti. Entah sanggup atau tidak tengok sampai habis, trailer pun dah sedih sangat.

Trailer Filem PIHU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*